Wednesday, December 16, 2015

Take A Note Wahai Gadis Gadis Sekalian!





Mustahillah kan kalau dulu freehair, sekarang dah pakai tudung labuh.
Dulu pakai blouse ketat ketat sekarang dah mula pakai jubah.
Dulu pakai skirt sekarang dah cuba pakai kain labuh.
Dulu biarkan lengan nampak, sekarang dah cuba pakai handsock.
Dulu dah biasa berjalan tak pakai stoking sekarang dah istiqomah pakai stokin bila keluar.

Tak ada yang mustahil dalam dunia ni!
Kalau memang betul nak berubah, takkan ada yang mustahil. Hidup ni ada dua tempat dari mana dan ke mana akan tuju. Sama ada kau dari zaman jahiliyyah menuju Hijrah atau pun dari Hijrah kau tu kau pergi ke zaman Jahiliyyah kau balik.

Hidup ni, banyak peraturan. 

Kalau aku bagi peraturan. Solat subuh cuma 1 rakaat je? Korang kata aku sesat.
Kalau aku bagi peraturan puasa hari ni, esok tak yah . Korang akan kata aku sesat jugak.

Tapi kalau aku cakap. Allah dah perintahkan kita ni, kaum Hawa ni untuk tutup aurat.

Dan diorang tak tutup aurat? Korang rasa nak panggil diorang sesat ataupun tidak?

Ada banyak sebab kenapa perempuan zaman sekarang tak nak tutup aurat dan suka pap gambar gambar mereka di instagram.


  1. Sebab diorang rasa dengan cara tulah ramai orang akan tertarik dengan dia.
  1. Mungkin kalau pap, peminat ramai. Followers ramai. Fans pun ramai.
  1. Sebab diorang ni keturunan zaman purba. ( Orang Zaman Purba Tak Tahu Macam Mana Nak Tutup Aurat. )
  1. Tak paham konsep menutup aurat.
  1. Bukan 100% orang Islam.
  1. Mungkin tak pernah berlajar agama.
  1. Tak pernah sedar dia tu orang Islam.
  1. Nak pujian orang.
  1. Nak tunjuk rambut ikal siap perang perang. Nak tunjuk kulit mana satu yang paling puteyy. ( Kiranya nak bertanding dengan budak budak lain )
  1. Nak ayah masuk Neraka.

Sedih bila kita nasihat baik baik, cuba nak DM mereka di FB, instagram. Malah nak ajak wall to wall pun tak boleh. Dia siap jawab

" I just pap, diorang yang nak follow i. So, bukan salah I. If i dosa. I rasa diorang lagi dosa dari i sebab diorang yang like. I tak mintak pun diorang like. "

Bila dengar jawapan macam ni. Serious kita yang rasa disindirkan, dimalukan. Bukan takat jawab sampai beribu like, dia siap cakap lagi. 

" Kenapa budak tudung labuh sibuk nak nasihat guna cara kasar kasar? No no. Itu bukan cara menasihati. Dakwah dakwah. Orang pun ada perasaan. Pls dont judge a book by it;s cover. "

Okay, meh sini saya nak sedarkan awak ye wanita wanita sekalian.

Masaalahnya awak ni manusia. Bukan buku. Buku, kalau tak ada kulit. Dibiarkan kosong? Orang nak ke? Tak nak kan.

Sama jugak macam kalau perempuan tak pakai tudung. Buku kalau ada kulit, mesti ramai orang nak. Nak pegang. Nak sentuh sentuh. Akhirnya, lepas 30 tahun guna. Dah koyak rabak. Dan tak cantik. Lain pulak dengan buku yang kulit dia kosong. Orang tak suka baca dan orang tak nak sentuh. Hakikatnya 50 tahun akan datang pun, buku tu tetap elok. 

Kenapa ramai remaja remaja sekarang yang makin banyak tak tutup aurat. Pakai tudung di sekolah, kat luar rumah. Bukak tudung.

Nak ke kalau orang mengata kita.

Please take a note wahai pak cik pak cik yang dah ada anak perempuan atau pun lelaki sekali pun. Sekarang ni ramai pak cik pak cik yang nasihat dekat anak mereka supaya jaga diri. Jangan biarkan password sesuka hati je bagi kat orang, jangan bertindak biadab. Kalau tak, orang benci. Kalau tak, orang malukan kita depan public.

Bila dengar ada pak cik yang cakap macam tu kat anak diorang kan, rasa pelik. Pak cik ni buat bual lupa ataupun amnesia tak nasihatkan anak supaya menutup aurat??

Memang kalau jaga diri kat laman sosial, orang tak benci. Tapi bila pap tak tutup aurat. Lelaki berlambak lambak comment. Like sampai berpuluh puluh ribu kalah artis. Mana orang tak simpan dengki?

Kemudian wujudlah account account fake seperti contoh " I Hate Maisarah. " dan account account yang mempunyai nama kurang menyenangkan. Bila tengok kat dalam account tu, bertimbun timbun gambar gambar yang tak senonoh. Sama ada diedit atau tidak. Kemudian muncullah post post yang boleh menyebabkan fitnah. Sampaikan nama mak ayah orang tu dipermainkan. Maruah mereka dicemarkan. Astaghfirullahalazim. Na'uzubillahi min zalik. Moga kita dijauhkan . Amiin.

Bila suka berselfie, tak tutup aurat.
Bila suka berselfie, like banyak.
Bila suka berselfie, tunjuk perhiasan.
Bila suka berselfie, fans ramai.
Kemudian satu acc tu kadang2 budak umur 15 tahun pun dah boleh cecah dalam 300k followers hanya sebab dua tiga gambar yang dia ambik selfie tuh. Kalau dalam masa 4 tahun akan datang. Agak agak berapa followers mereka? Bukan setakat followers meningkat. Dosa makin lama makin naik.

Sebab  tu yang mana yang suka pap pap, followers ramai. Tapi hati setiap hari mesti tak tenang. Sebab apa? Sebab benda ni lah! Kalau dah followers sampai 300k tapi haters ramai sampai mencemarkan maruah keluarga. Mana tak tanggung malu?

Yang tak pernah ada haters pun mesti tak tenang sebab lama lama haters pun akan muncul jugak.

Sebab tu, jangan pernah tunjuk kecantikan. Gadis gadis kat luar sana sibuk nak bermekap nak bagi muka cun. Kita ni yang dah memang cun sejak lahir lagi, hargailah wajah kita. Tak usah pap pap kat instagram semua ni.

Sebab kalau orang nampak, dia akan terikut ikut. Sebab cemburu. Wuish like banyak. 80k tuuu. Cepat cepat selfie. Kemudian pap. Tapi yang like? 156 orang je. Jadi, bila dah tak dapat jadi famous, mereka jadilah haters. Supaya tak ada lagi dah orang orang yang famous tu. Biar dia je jadi famous.

Jagalah maruah wahai gadis gadis sekalian.
Kalau bukan untuk ayah awak ataupun keluarga,
Cukuplah untuk awak.

Maruah keluarga tercemar, diorang boleh tahan lagi.
Masaalahnya kalau maruah awak tercemar? 
Orang pandang pun jijik.
Ahli keluarga pun tak nak dekat dekat.

Sebelum benda nak terjadi, baik sedar cepat cepat apa yang dah awak lakukan.
Orang nasihat sebab sayang. Kalau tak sayang kat saudara seislam sendiri baik tak payah nasihat. 

Dengan selemah lemah iman saya, saya mendoakan mereka dari jauh. Allah je yang mampu bukak pintu hati manusia. Tapi manusia, kena paksa diri jugak bukak hati, sebab yang tutupnya syaitan. 

Assalammualaikum. From me Zulaikha. ^^



No comments :

Post a Comment